Senin, 03 Mei 2010

BIAR PELUH INI MENITIS

BIAR PELUH INI MENITIS

Sehingga akhirnya kita melewati keranjaun
telah dibicarakan seorang pemimpin yang berakhir
dengan kekecewaan
belum sempat menempa keupayaan dan kegemilangan
kita saksikan nyawa telah tamat dalam pertaruhan

Biar peluh ini menitis
beberapa banyak yang bertakung dan berkolam
kita tetap disisihkan
hanya kejernihan yang hakiki
tenggelam di dasar hati yang suci

Pada siapakah lagi
yang mengerti
pada siapakah lagi
yang mahu merenungi sepi

Sekiranya kita tetap begini
meracau
tanpa pujukan
membantah
tanpa kebenaran.

ALONG PR.

Tidak ada komentar: