Senin, 19 April 2010

DALAM KESAHIHAN

DALAM KESAHIHAN

Kita terpaksa menerima tamparan
sebuah permainan
yang menimbulkan keraguan
dalam kesahihan

Kita seakan terlupa
penyatuan
awal-awal sudah terbantut
sudah punya kemelut

Selalunya kebenaran
sukar diataptasi
menemui kedewasaan
begitulah kegagalan sering menyaring kedewasaan

Hikmah terlalu goyah
kita alpa segala-galanya
tidak mahu mendongak langit yang sememangnya suram
dari menyediakan kanvas keselesaan.

ALONG PR,
PTM/TTM.

Tidak ada komentar: