Apabila kemuncup memenuhi hidup
tidak pernah berperasaan
yang kakinya dinaiki keterpaksaan
Apabila kemuncup memenuhi hidup
tidak pernah orang mahu bertanya
kenapa seluar itu dihiasi jua kecewa
Apabila kemuncup memenuhi hidup
kala kita kehilangan akal
merangkul kedewasaan.
ALONG PR.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar