Minggu, 27 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433

Rabu, 16 November 2011

BIAR AKU DIAM

Biar aku diam
tanpa aku jawab
dengan sebaris lafaz
jika tidak mahu gegarkan jiwa
yang semakin tersempit ini

Biarkan aku diam
tanpa aku biarkan
dendam berhujah lagi
lalu
berputik juga
amarah.

ALONG PR
KUALA KANGSAR.

Selasa, 01 November 2011

KITA NANTIKAN JANUARI INI

Kita nantikan JANUARI ini
apakah yang terlontar disetiap hati
yang akan merasai kesukaran dan kepayahannya

Kita nantikan JANUARI ini
dengan segala kemungkinan
walaupun terpaksa menerima bahasa yang sinis

Kita nantikan JANUARI ini
penuh pasrah serta berserah demi kebetulan
dalam kebenaran.

LAFANORHAIZUL ISTAKAMISA NS