Jumat, 07 Maret 2014

YANG TIDAK MENGERTI

Yang tidak mengerti
titisan gugur di lantai hari
kusam
terpinggir malam
tanpa sinar
terkuncam janji.

Sabtu, 18 Januari 2014

RM 2

Belum mengerti
janji
raksun
tidak pernah mahu berfikir lagi
RM 2 punya makna dan isi
hanya mahu mencaci dan mudah berkecil hati
tapi payah menyelongkarkan janji.





Jumat, 22 Maret 2013

TITISAN MENGUCAPKAN TAHNIAH
KEPADA
KESATUAN KAIN PERAK

Jumat, 25 Januari 2013

ANTARA KESYUKURAN
DAN KETAMAKAN

Kita ditakdirkan melewati kecemerlangan waktu
setelah bertahun-tahun menunggu penuh azab
dengan tubuh yang diperas peluhnya
diherdik
dimaki
kini kelihatan wajah semakin manis
walaupun ketidakpuasan
pasti menonjol demi perjuangan murahan
kita yang sebelum ini
ketinggalan jauh
pasrah
antara kesyukuran
dan ketamakan
mahu terus berdiri
demi menyuap sebutir rezeki
dari keikhlasan dan ketulusan kudrat.

ALONG PR.,
KUALA KANGSAR,

Kamis, 09 Agustus 2012

ILTIZAM

Aku menerima dalam nafas rela
iltizam ini
cukup memesan janji
walaupun benci
tapi keikhlasan itu
telah membenarkan segala-galanya
untuk aku mengabadikan rindu
hanya pada ILLAHI
bukan menimbulkan keterpaksaan
dalam igauan.

ALONG PR

Rabu, 01 Februari 2012

KELESUAN HILANG
DARI KEMURUNGAN

Jenuh kita berlari-lari jauh sekali pun
jika ketenangan masih bergelora jua
angin begitu deras berhembus
derita bagaikan menusuk impian dalam kegilaan
hanya kelesuan hilang
dari kemurungan
andai kita pergi 
dengan kerelaan
meloloskan diri
tanpa gangguan
bersama perjalanan yang indah.

ALONG PR
TANAH RATA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Minggu, 27 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433