Jumat, 12 November 2010

JANGAN FIKIR MANUSIA ITU

JANGAN FIKIR MANUSIA ITU

Jangan fikirkan manusia itu
diam
menjadi-jadi menghentam
yang haram
tidak mahu keluar mencantumkan taubat tapi yang suram
cahaya malam
tidak bersinar tetap kelam

Jangan fikirkan manusia itu
langsung duduk membisu
sehinggakan kepala diketuk masih kaku
tapi ingat
semangat
batin bertekad
ILLAHI begitu dekat

Jangan fikirkan manusia itu
belum mahu mencari kebenaran
meneruskan keringat demi rezeki
cuma jangan fikirkan manusia itu
bodoh dan tolol
tidak tahu yang mereka ditindas sebegini.

ALONGPR.

Tidak ada komentar: