Rabu, 17 November 2010

APABILA KEZALIMAN MENITISKAN PELUH HARI INI

Apabila kezaliman menitiskan peluh hari ini
membakar jiwa yang berkelana
sepi
tanpa khabar membawa gembira

Pengorbanan hari ini
tidak pernah terbayang
setelah dalang
cuba menyogok perjuangan menjadi keraguan

Keinginan dalam keterpaksaan
menyentuh takbir AIDILADHA
meneruskan kerumitan yang menyeksakan.

ALONG PR

Jumat, 12 November 2010

JANGAN FIKIR MANUSIA ITU

JANGAN FIKIR MANUSIA ITU

Jangan fikirkan manusia itu
diam
menjadi-jadi menghentam
yang haram
tidak mahu keluar mencantumkan taubat tapi yang suram
cahaya malam
tidak bersinar tetap kelam

Jangan fikirkan manusia itu
langsung duduk membisu
sehinggakan kepala diketuk masih kaku
tapi ingat
semangat
batin bertekad
ILLAHI begitu dekat

Jangan fikirkan manusia itu
belum mahu mencari kebenaran
meneruskan keringat demi rezeki
cuma jangan fikirkan manusia itu
bodoh dan tolol
tidak tahu yang mereka ditindas sebegini.

ALONGPR.

Minggu, 07 November 2010

BILA KITA LUPA BETAPA KITA SERING TERLUPA

BILA KITA LUPA BETAPA KITA SERING TERLUPA

Ketika kita berdendam
yang belum punya kepuasannya
leka
tidak berdearah sejahtera

Bila kita lupa betapa kita sering terlupa
helah yang semakin tepat perancangannya
tapi mereka selalu berdali upaya
merosakan bersama sengketa,

ALONG PR.