ANTARA KESYUKURAN
DAN KETAMAKAN
Kita ditakdirkan melewati kecemerlangan waktu
setelah bertahun-tahun menunggu penuh azab
dengan tubuh yang diperas peluhnya
diherdik
dimaki
kini kelihatan wajah semakin manis
walaupun ketidakpuasan
pasti menonjol demi perjuangan murahan
kita yang sebelum ini
ketinggalan jauh
pasrah
antara kesyukuran
dan ketamakan
mahu terus berdiri
demi menyuap sebutir rezeki
dari keikhlasan dan ketulusan kudrat.
ALONG PR.,
KUALA KANGSAR,