TITISAN
Kamis, 23 Juni 2011
JULAI YANG TENTERAM BILA KITA TIDAK LAGI BERDAYA
2011. JULAI tidak bangkit semangat lama
tidak digerak hati
tidak berhasad dengki lagi
Bersahaja
dalam mencari nafkah hakiki
tenteram damai penuh suci
Keracauan
mudah mendapat pujukan
kehebohan mudah terhenti.
LATIFF HS
Sabtu, 04 Juni 2011
LELAH INI SEMAKIN JAUH PERGI
Semahunya lelah ini
semakin jauh pergi
hilang seketika rakus gelora dalam diri
Setiap hari bekerja mengikut displin yang diberi
di sini tidak punya peluh hakiki
tapi waktu cuti
Bukit Bendara melepaskan sekelumit ilusi
melayang entah ke mana janji
harga hati kian pulih mencari rezeki kembali.
ALONG PR
BUKIT BENDERA,
PULAU PINANG.
Postingan Lebih Baru
Postingan Lama
Beranda
Langganan:
Postingan (Atom)