Sabtu, 26 Juni 2010

JULAI

JULAI

Sungai ini
jangan aku berakit lagi
jika arusnya
tidak pernah terjangkau

Julai
memaksa aku pasrah
dalam takwa
menjernihkan resah lalu

Mewarnakan sungai
bersama keindahan kiri dan kanan
Julai
tidak mungkin aku mengikuti arusnya
apabila semalam pasti aku temui jeram yang penuh sangsi.

ALONG PR.

Minggu, 13 Juni 2010

BUKAN AKU TAK TAHU

BUKAN AKU TAK TAHU

Seribu ayat yang dilontar tapi belitnya kesudah
bukan aku tak tahu
pangkat dan darjat
selalu membunuh keindahan yang penuh fantasia
panorama
hilang aromanya.

ALONG PR.